Assalamualaikum...
urm..act, sy terjumpe balik ape yg sy penh hntr email kpd seorg ckgu yg ingin sy mencritakan semule pengalaman hidup sy ktika f5...
berkali2 sy fikir same ade utk post kt cnie ke x..sy ingin sesape yg trbace bersyukur ats sgale nikmat yg tlh anda rasai..ujian yg sy alami hnye kecil shje nmun sukar sy tempuhi...
tolonglah hargai ibu bapa anda..apabila sy bce semule sy lebih menghargai nikmat yg sy rasai skrg..
Aku
seorang pelajar yang dilahirkan dengan kasih sayang dan didikan yang amat cukup
daripada kedua ibubapaku.Hidupku di mrsm serting pada mulanya sangat indah.Pada
semester pertama, aku mendapat keputusan cemerlang sekaligus menempatkan aku di
tempat pertama.Aku tidak pernah memikirkan kegembiraanku,yang hanya terlintas
difikiranku, senyuman daripada kedua ibubapaku.Itulah satu-satunya tujuan untuk
aku berjaya dalam setiap peperiksaan yang ku hadapi.
Pencapaianku
yang cemerlang pada sem1 juga telah membuatkanku memegang jawatan biro
akademik dalam badan kepimpinan pelajar.Pada mulanya aku tidak yakin untuk
memegang apa-apa jawatan dalam BKP,namun setelah ibubapaku memberi aku
semangat,aku lebih berasa yakin.Maka,bermulalah hari-hari yang mencabar
bagiku.Aku harus bijak dalam membahagikan tugas dan masa untuk belajar.Namun
aku amat bersyukur kerana guru penasihat organisasi tersebut amat
memahami pelajar seperti kami yang selalu tertekan dengan tugas dan
tanggungjawab kami sebagai seorang pelajar.
Aku teruskan usaha untuk menempah kejayaan pada
peperiksaan spm yang akan aku tempuh sambil menjalankan tugas ku sebagai biro
akademik.Aku kadang kala amat sukar untuk menumpukan perhatian dalam kelas
setiap kali ada tugas yang belum diselesaikan.Aku juga sering kali mendapat
keputusan agak teruk dalam ujian atau peperiksaan.Setiap kali aku mengalami
tekanan perasaan, aku sering menelefon ibuku untuk meminta nasihat.Aku juga
sering melepaskan segala masalahku kepada ibuku kerana dia seorang pendengar
yang setia.Dia insan yang amat aku perlukan dalam hidup ini.
Namun
hidupku yang aku rasakan cukup lengkap walaupun ada kalanya menghadapi masalah
mula berubah suram dan amat memilukan bagiku semenjak 19 JUN 2010.Ianya bermula apabila aku
dipanggil oleh seorang guru.Guru tersebut memberitahuku bahawa makcik dan
pakcikku ingin berjumpaku.Aku amat terkejut pada waktu itu kerana makcik dan
pakcikku tidak pernah melawatku sebelum ini.Namun aku tenangkan hati dari
segala fikiran yang negatif,.Makcikku menyuruhku untuk pulang
bersamanya.Namun,apabila aku bertanya sebab aku dibawa pulang,makcikku hanya
tersenyum dengan pandangan yang amat memilukan .Makcikku cuba untuk memberitahu
sesuatu tetapi pakcikku terus memberitahuku bahawa ibuku sakit.Sepanjang
perjalanan ke rumahku aku melihat makcikku menangis.Aku hanya mampu berdiam
diri pada waktu itu dan bertawakal kepada Allah s.w.t agar ibuku selamat.
Aku
amat terkejut apabila pakcikku memberhentikan keretanya di kampung ibuku.Aku
bertanya kepada pakcikku sebab dia singgah di kampung ibuku.Dia hanya menjawab
ibuku akan datang ke kampung ini.Aku masih tidak memahami keadaan sebenar
ketika itu.Apabila aku masuk ke rumah nenekku,aku melihat ramai yang sedang
membaca yassin dan ayat al quran.Aku dipeluk oleh nenekku dan aku melihat
nenekku meraung kesedihan.Aku segera menepis tangan nenekku dan bertanya apa
yang telah berlaku sebenarnya.Aku memaksa makcikku untuk memberitahu kejadian
yang sebenar namun dia hanya senyap dan terus menangis.Aku cuba mencari
ibuku,ayahku,adik beradikku namun aku hanya dapat melihat ramai penduduk
kampung nenekku serta saudara maraku sahaja.
Makcikku
menggagahkan diri memberitahuku perkara sebenar.Innalillah wainnalilahi
rojiiun....ibuku telah meninggal dunia ketika tidur.Aku tidak dapat menahan air
mataku dan terus meraung kesedihan.Aku bukannya sedih kerana tidak rela dengan
pemergian ibuku,tetapi aku sedih kerana hanya aku seorang sahaja anak ibu yang
tidak dapat memandikan dan mengkafankan jenazah ibu.Aku tidak dapat peluang
tersebut.Aku juga tidak dapat peluang untuk meminta ampun kepada ibuku atas
semua kesalahanku kepadanya.Tidak ada seorang pun yang dapat menenangkanku
ketika itu.Aku merasakan inilah balasanku kerana tidak menghargai ibuku selama
ini.Aku telah banyak melakukan kesalahan kepadanya.
Setelah
beberapa minit kemudian,aku melihat keluargaku sampai dengan dibawa oleh van
jenazah.Aku tidak dapat berkata apa-apapun ketika itu apabila aku melihat
jenazah ibuku.Aku masih ingat lagi kata-katanya dua hari yang lepas untuk
melawatku pada minggu tersebut ,namun ,sebaliknya yang berlaku.Ayahku terus
memelukku dan menyebut “kaklang,ibu dah tak ada..doakan kesejahteraan ibu dekat
sana”....Semenjak peristiwa itu,aku merasakan hidupku cukup terabai.Aku
merasakan tiada gunanya aku belajar kerana aku tidak akan dapat melihat lagi
ibuku mengukir senyuman setiap kali aku mendapat kejayaan. Namun,aku cuba
gagahkan diri dengan sentiasa memohon petunjuk Allah s.w.t.Aku juga cuba
belajar menjadi seorang yang lebih tabah dan sabar.Aku cuba untuk tidak kerap
menangis kerana aku tahu arwah ibuku amat memerlukan doa daripada anaknya yang
soleh.
Aku
rasa amat bersyukur kerana aku dikurniakan guru-guru yang amat mengambil
berat kepada anak muridnya.Guru penasihat bkp ,En.Shuhaimi guru pendidikan
islam,Pn. Siti Hajar guru subjek prinsip perakaunan,Pn.Kamaruza dan guru
homeroom ckgu Izrayani sering memberiku semangat dan motivasi
diri.Rakan-rakanku juga sering menjadi pendengar yang setia terutama rakan
bilikku.Pn.Kamaruza sering melayanku seperti anaknya sendiri .Aku mengubah
niatku untuk belajar bersungguh-sungguh agar aku dapat membalas jasa mereka
serta jasa guru-guruku yang tidak pernah berputus asa dalam mendidik anak anak
muridnya.
Aku
ternyata gagal untuk mendapat markah yang cemerlang dalam percubaan spm.Aku
telah gagal dalam subjek yang aku amat minati iaitu biologi.Pada masa itu,aku
hanya berfikir bahawa cita-citaku untuk menjadi doktor hanya tinggal
angan-angan semata-mata.Selepas percubaan spm,ramai yang mohon untuk mendapat
skim pelajar cemerlang(spc).Aku tidak pernah terfikir untuk memohon
memandangkan keputusan percubaan tidak akan melayakkanku untuk mendapatkan
tajaan dalam bidang sains perubatan.
Namun,seorang
rakanku,Hafiy Hanani telah menarik tanganku dan mengajakku untuk mengisi borang
tersebut.Aku mengisi borang dan memilih jurusan yang sesuai dengan keputusan
trial yang aku dapat iaitu perakaunan.Alhamdullilah aku layak untuk ditemu
duga.Aku kurang bersemangat dan yakin untuk ditemu duga memandangkan emosi aku
sedang terganggu dek ujian yang telah aku hadapi.Aku menjawab setiap soalan
dengan sejujur-jujurnya kerana aku kurang bersedia dan setelah aku ditemu
duga,aku merasakan bahawa peluang aku untuk mendapat spc amat tipis.Aku hanya
tinggal lagi seminggu untuk menduduki spm.Aku kuatkan hati dan cuba sedaya
upaya untuk kuatkan semangat agar terus berusaha untuk spm walaupun insan yang
paling ku sayang dan aku amat perlukan ketika itu telah tiada.
Aku
tidak pernah malu untuk bertanya dengan rakan –rakanku setiap soalan yang aku
kurang faham.Aku bersyukur aku mempunyai rakan yang amat baik hati dan sedia
untuk menolong.Aku cuba mencari ketenangan dengan sentiasa mendekatkan diri
denganNYA.Aku amat berasa tenang dan tenteram apabila aku berada di surau.Aku
baru mengerti sedikit demi sedikit bahawa setiap dugaan dan ujian yang aku
terima mendekatkan diriku kepada Allah s.w.t.Aku berharap sangat usaha kerasku
dalam tempoh yang singkat ini dapat membuahkan kejayaan yang dapat mengukirkan
senyuman ayahku.Setiap hari peperiksaan aku cuba untuk menempuhnya dengan
tenang.Aku cuba sedaya upaya dan bersungguh-sungguh dalam setiap kertas yang
aku duduki.
Setelah
beberapa hari aku duduk di rumah setelah ujian spm tamat,aku mendapat panggilan
dari pejabat mara yang mengatakan aku berjaya dalam temuduga spc.Aku
memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada yang Maha Esa.Aku telah
menjadi pelajar UiTM pada 27 DIS 2010 dalam jurusan perakaunan.Pada
mulanya aku kurang bersemangat kerana aku hanya dapat membantu adikku akakku
dan ayahku hanya 2 minggu sahaja selepas spm.Namun, aku menggagahkan diri untuk
terus menggapai kejayaan walaupun bukan pada bidang yang aku minati.Aku
sentiasa berfikir bahawa inilah jalan yang terbaik yang Allah s.w.t berikan
kepadaku dalam hidup ini.
Tibalah
hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap pelajar yang telah menduduki spm pada
tahun 2010.Tarikh yang bersejarah iaitu 23 MAC 2011.Pada pagi tersebut aku
hanya diam seribu bahasa dan hanya memikirkan bakal keputusan yang aku akan
dapat.Aku hanya berserah kapada Allah dan akan tabah menerima segala keputusan
yang aku akan dapat.Alhamdullilah,aku telah mendapat 8A2B.Bagiku,itu sudah
cukup untukku yang hanya sempat berhempas pulas di saat-saat aku merasai segala
tekanan yang aku hadapi.Jika aku tabah,sabar serta kuat apabila aku menghadapi
dugaan pada masa itu,mungkin aku akan dapat meneruskan usahaku tanpa berfikir
untuk berputus asa.
Aku
bukanlah seorang insan yang kuat pegangan agamanya.Namun,aku akan cuba sedaya
upaya untuk mendapatkan keredhaan dariNYA.Aku memegang slip keputusan dan terus
keluar dari dewan untuk memberitahu ayahku.Ayahku amat gembira lalu terus
memelukku dan hanya menyebut ‘ibu’ dengan suara yang sangat memilukan.Aku amat
memahami maksudnya apabila menyebut ibu.Ayahku ingin sekali meraikan kejayaanku
bersama ibuku.Namun,Allah s.w.t tidak mengizinkannya.Aku berulang kali menyebut
“Ayah,maafkan ira kerana tidak dapat memberi ayah 10 A”..
Aku
sekali lagi memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNYA kerana
telah memberi rezeki kepadaku.Selepas itu, ayahku mengajakku untuk menziarah kubur arwah ibuku.Walaupun aku tidak dapat berkongsi
kegembiraan dengan insan yang paling kusayangi,namun aku bersyukur kerana dapat
melihat senyuman ayahku.InsyaAllah,aku akan menjadi anak yang solehah agar
doaku untuk ibuku diterima oleh Allah s.w.t..amin...